fbpx

(Terkini) Megan Fox Keluar Makan Malam Bersama Zac Efron. Ha!

Ramai sudah sedia maklum yang Zac Efron sekarang berpacaran bersama Vanessa Hudgens, pasangan beliau dalam filem High School Musical.

Dan, beberapa hari sebelum tayangan perdana Transfomer ROTF, Megan Fox ada menyatakan kepada media yang beliau ada menaruh minat terhadap jejaka berwajah jambu ini.

Sumber dari Hollywood memberitahu yang Megan Fox baru sahaja menghabiskan masa makan malam beliau bersama Zac Efron & mereka berdua kelihatan sangat mesra sehingga menimbulkan spekulasi yang mereka mungkin bermalam bersama.

Megan Fox sekarang cuba menyatakan yang beliau single namun banyak mata yang nampak beliau rapat dengan Shia LaBeouf & masih keluar bersama bekas tunang’nya Brian Austin Green.

Mungkinkah kita akan melihat adegan tarik rambut antara Megan Fox & Vanessa Hudgens tidak lama lagi? Kita tunggu.