fbpx

Terkini! Maya Karin & Suami Hadir Ke Mahkamah Untuk Tuntut Cerai?

Maya Karin Roelcke dan suaminya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah, keluar dari kamar hakim sebentar tadi.

Bagaimanapun, pasangan itu enggan memberikan sebarang ulasan mengenai kehadiran mereka di mahkamah.

Menurut sumber mahkamah, mereka memohon untuk pendaftaran dan pengesahan perkahwinan mereka.

Peguam kedua-dua pihak juga enggan mengulas atas arahan anak guam. Can you believe that? Not one bit. Kita tunggu perkembangan sebenar kehadiran mereka ke mahkamah.

Para wartawan awam di sebuah forum hiburan popular sejak pagi sudah mula membuat spekulasi tentang seorang selebriti terkenal menuntut cerai petang ini. Mungkinkah Maya Karin?

Berita dari Berita Harian Online,kami copy pasta untuk mengelakkan kekeliruan fakta (alasan baik sebab malas taip ayat sendiri).

Update: Murai Batu menulis tentang seorang pelakon wanita yang baru mahu mendaftarkan perkahwinan. Macam ada sesuatu yang tidak kena.