Dinobatkan sebagai Juara Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), namun ada isu ditimbulkan oleh Cliff Umar apabila penyanyi itu menganggap pelitup muka sebagai sesuatu yang merimaskan ketika memberikan ucapan kemenangan.

Perkara itu sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen menyifatkan Juara GV7 itu seolah tidak sentisif dengan keadaan sekarang terutamanya barisan hadapan yang bertungkus lumus menjaga keselamatan mengikut SOP.


BACA: Cliff Umar Juara Gegar Vaganza 7, Bawa Pulang RM100,000

Tampil menjelaskan perkara itu, Cliff berkata tiada niat untuk membuatkan mana-mana pihak berkecil hati namun terkejut dengan kemenangan itu sehingga tidak berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap.

“Baru umum menang, selalu saya akan berfikir dulu sebelum bercakap apa-apa tapi ketika itu saya terlalu terkejut. Yela, siapa sangka saya akan menang? Saya sendiri pun tak terfikir akan menang.

“Bila tengah terkejut terlepas cakap perkara yang saya tak fikir dulu. Sepatutnya saya tak cakap perkara itu dan saya minta maaf sangat. Tiada niat nak menyinggung perasaan mana-mana pihak terutama fronliners,” katanya.


Menjelaskan perkara sebenar, Cliff berkata ‘irritating’ yang dimaksudkan adalah dia tidak selesa dan sukar untuk bercakap apabila memakai pelitup muka ketika berada di atas pentas.

“Maksud irritating’ yang cakap cakap itu di atas pentas. Bila nak cakap dengan memakai face mask rasa tak selesa sikit sebab akan jadi berkuap dekat situ, susah nak cakap.

“Saya minta maaf sangat, tak maksudkan apa-apa atau tiada rasa hormat terhadap mana-mana pihak. Saya tak sangka menang, terkeluar pula kata-kata itu,” katanya.