fbpx

Terima Sambutan Di Maharaja Lawak Mega, Kisah Boboi Bakal Difilemkan?

Siapa peminat Maharaja Lawak Mega (MLM) di’sini? Atau lebih spesifik, siapa peminat Boboi di’sini angkat tangan. Biar satu pejabat tengok anda.

Kumpulan Boboi yang sejak awal lagi menjadi calon favourite dalam persaingan Maharaja Lawak Mega nampaknya akan mengambil satu lagi langkah bijak.

Boboi di’anggotai oleh Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik dari awal lagi sudah mengatakan yang mereka akan membawa jenama Boboi sejauh yang mungkin.

Khabar yang kami terima dari sumber terdekat ini seakan mengiyakan kenyataan yang kita akan terus di’hidangkan dengan telatah lawak Boboi sehingga ke luar gelanggang persaingan Maharaja Lawak Mega.

Boboi di’katakan sudah pun merancang beberapa projek khas setelah tamatnya perjuangan mereka nanti — termasuklah untuk menerbitkan sebuah filem khas mengambil konsep Boboi yang mereka tampilkan.

Kami masih belum menerima sebarang maklumat terperinci tentang hasrat mereka ini namun filem ini pasti’nya menjadi sesuatu yang di’nantikan oleh peminat mereka & juga rakyat Malaysia.

Sebagai ingatan, jangan lupa saksikan peringkat akhir Maharaja Lawak Mega yang akan berlangsung pada 30 Disember 2011 ini di Astro Warna. Jomm!