Menerima mesej berbaur ugutan dan ancaman terhadap dirinya, anak dan isteri di Instagram daripada individu tidak dikenali, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof bertindak membuat laporan polis.
Syamsul berkata mesej yang dihantar oleh individu yang menggunakan akaun dengan nama Velvetblack itu agak keterlaluan kerana ia melibatkan maruah dan keselamatan keluarganya. Ujarnya, sebelum ini dia tidak kisah jika ada ‘haters’ menghantar mesej, namun kali ini sangat keterlaluan.
BACA: Dituduh Curang Dengan Isteri, Syamsul Yusof Mahu Saman YouTuber
“Belum reda kes YouTube, timbul lagi kes saya menerima ugutan berbentuk ancaman. Sebenarnya sebagai selebriti saya sudah biasa menerima komen negatif dan kata-kata ugutan.
“Tapi kali ini melampau kerana melibatkan maruah, keselamatan anak dan isteri. Saya dapat daripada DM bersama Velvetblack. Selain peminat, haters ada juga hantar mesej kepada saya tapi saya tak ambil kisah.
“Saya tak tahu agenda dia samaada dia musuh atau tidak. Tetapi benda itu sudah melampau sebab itu saya ambil tindakan,” katanya.
Menurut Syamsul, dia sudah pun membuat laporan polis terhadap akaun berkenaan di Balai Polis Taman Melawati, petang tadi.
Dalam pada itu, Syamsul juga mengajak individu tersebut bersemuka dengannya tanpa perlu melibatkan anak dan isterinya. Tegasnya lagi, dia tidak akan menjadi ‘Mr Nice Guy’ lagi seperti sebelum ini.
“Saya dah nekad no more Mr Nice Guy. Saya perlu pertahankan diri dan akan cari siapa yang membuat ugutan ini kepada saya. Kalau tak puas hati dengan saya, apa kata jumpa depan-depan.
“Tak perlu libatkan anak dan isteri. Saya mati pun tak apa, anak jangan sentuh. Sebelum ini saya pernah terima mesej dari akaun yang sama awal tahun ini. Kali ini saya menyedari mesej itu sebab ada berbaur ugutan dan ancaman.
Sempat berkongsikan kandugan ugutan itu, Jangan fikir anak dan bini kau selamat sekarang. Aku tahu mana kau tinggal dan mana anak kau sekolah. Bini kau aku follow hari-hari B**i, S**l kau Samsul.
Jangan ingat kau dah kaya kau boleh lepas. Siap kau, gambar fake photoshoot aku buat kasi viral satu Malaysia. Senang je nak jahanamkan famili kau.