fbpx

Sebut saja nama Ashraf Muslim pasti ramai tahu pelakon itu menjalani kehidupan bahagia bersama dua isteri, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Baru-baru ini, perkongsian Ashraf menjadi perhatian ramai apabila memuat naik satu posting menitipkan penghargaan buat dua isterinya yang sentiasa berada di sisi dalam keadaan susah mahupun senang.

BACA: Ashraf Muslim Terkejut Isteri-Isteri Buat Kejutan Hari Jadi Tepi Sungai

Kata Ashraf lagi, sudah lama dia tidak berkongsi gambar mereka bertiga di media sosial serta meluahkan kata-kata pujian buat dua isterinya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

“Lama tak post gambar bertiga. Terima kasih ku ucapkan kepada kedua-dua isteriku yg kusayangi yang sentiasa membantuku dalam susah senang kehidupan ini.

“Kita lakukan sahaja apa yang Allah suka, insyaAllah dapat keberkatan darinya. Semoga Allah meyayangi kita semua dan memberkati hubungan kita sekeluarga. Ayah sayang mama dan ibu,” tulisnya.

Perkongsian Ashraf itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji hubungan baik Ashraf dan isteri-isterinya serta mendoakan agar rumah tangga pelakon itu kekal bahagia hingga ke syurga.

Ashraf berkahwin dengan isteri pertama Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011. Kemudian Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Wan Sakinah Ahmad pada 7 Julai 2013. Pelakon itu dikurniakan empat cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah, Anas, Adam dan Safiyyah.