“Terima kasih Bilal Kerana Menjadikan Saya Seorang Ibu” – Neelofa
Sempena sambutan Hari Ibu pada 8 Mei lalu, selebriti popular, Neelofa meluahkan rasa syukur kerana diberikan kesempatan untuk merasai nikmat bergelar seorang ibu.
Memuat naik status di Twitter, Neelofa mengucapkan terima kasih kepada anaknya iaitu Muhammad Bilal kerana telah menjadikan dirinya seorang ibu.
BACA: Anak Neelofa Dapat Duit Raya RM14,020
“Terima kasih kepada my sweet Bilal kerana menjadikan saya seorang ibu. Ia merupakan perkara yang terbaik di dalam dunia ini,” tulisnya.
Perkongsian Neelofa itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga Twitter yang turut tumpang gembira serta mengucapkan selamat hari ibu kepada selebriti itu.
Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
simpan je la anak kau dalam almari
ye simpan sampai baligh..