fbpx

Terbang Lebih Gaya Bersama AirAsia Dengan Hi-Flyer

Jika anda seorang yang suka terbang ke dalam atau luar negara dan mahukan sesuatu yang ekstra, kenapa tidak cuba tambang baru AirAsia yang diberi nama Hi-Flyer. Selari dengan nama, Hi-Flyer memberikan pelbagai kelebihan buat para penumpang.

Sasaran utama Hi-Flyer ini adalah untuk memberi penumpang lebih keselesaan, fleksibel & juga kemudahan lain seperti dibawah;

• Percuma daftar masuk 20kg untuk bagasi anda. Lebih banyak barang untuk dibawa.
• Boleh memilih tempat duduk anda secara percuma untuk tempat duduk Standar & Hot Seats.
Kemasukan awal ke dalam pesawat.
• Sehingga dua kali (2x) pertukaran penerbangan — untuk penerbangan kurang 2 jam dari masa berlepas tanpa sebarang bayaran pertukaran. Hanya bayar perbezaan harga tiket.
• Terima 2x mata BIG Points apabila terbang sebagai Hi-Flyer.

#01 Terbang Lebih Bergaya Bersama AirAsia Dengan Hi-Flyer - ROTIKAYA

Hi-Flyer kini boleh didapati untuk semua penerbangan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK), Thai AirAsia (FD), AirAsia Indonesia (QZ), AirAsia Zest (Z2 & PQ) and AirAsia X (D7).

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang produk dan servis AirAsia, ikuti mereka di media sosial via Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).