Semalam hangat diperkatakan apabila penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang diminta membayar RM500,000 kepada Armani Entertainment Sdn Bhd kerana didakwa melanggar kontrak yang sudah dipersetujui tiga tahun lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Michael tampil bersuara mengenai kes saman tersebut dimana dia menyerahkan isu tersebut kepada pihak peguam yang mewakilinya.
BACA: “Lepas Ni Kena Ambil Watak Penyondol Bertudung & Acah Suci” – Michael Ang
“Biasa lah orang atau artis kena saman. Dia orang fikir dia orang betul dan saya fikir saya betul. Buat masa sekarang, saya tak ada komen biar peguam yang selesaikan. Banyak lagi masalah kan Malaysia dari kes saman,” katanya.
Sementara itu, Michael turut memohon maaf kepada pihak wartawan kerana tidak menjawab panggilan mereka bagi mendapatkan kenyataan kerana dia sedang sibuk dengan penggambaran.
“Minta maaf kepada wartawan yang saya tak sempat jawab atau balas. Ini saja kenyataan daripada saya ya. Tengah sibuk shooting dan pakai sunscreen jaga kulit sebab shooting kat tengah panas!,” tulisnya.