fbpx

Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila netizen mendakwa Puteri Sarah sedang hamil gara-gara gambar dikongsikannya menampakkan bahagian perutnya sedikit berisi.

Memetik mStar Online, menerusi video dimuat naik di Instagram, Sarah menafikan dakwaan tersebut serta mengakui selesa dengan bentuk tubuhnya sedikit berisi berbanding sebelum ini yang terlalu kurus.

BACA: Nampak Macam Baby Bump, Netizen Dakwa Puteri Sarah Hamil Anak Ketiga?

“Dua hari kebelakangan ini ramai prang komen mengenai badan saya yang berisi memandangkan saya duta produk menguruskan badan.

“Saya pernah berada dalam fasa kurung kering tapi ketika itu saya tidak gembira. Tinggi saya 165cm jadi berat ideal saya 58 kilogram.

“Kenapa perlu macam papan? Lihat Jennifer Lopez dan Beyonce, mereka tak terlalu kurus, mereka ada aset. Tembam manja-manja is awesome. Nak jadi cantik kena jadi diri sendiri,” katanya.

Menurut Sarah lagi, sebelum ini dia pernah berada dalam situasi patah hati sehingga berat badannya turun mendadak namun sekaligus membuatkan dirinya menjadi tidak bertenaga.

“Masa saya tengah sedih dan patah hati, saya kurus dengan cepat. Masa itu saya ingat kurus itu cantik tetapi tidak.

“Mana larat nak buat kerja dan jaga dua orang anak yang sangat aktif… jadi saya ambil keputusan untuk menambah berat badan tapi ‘terlebih’ pula sebab saya makan pada waktu malam,” katanya.

Sementara itu, Sarah menjelaskan dia mengambil produk kurus bukan untuk langsing sebaliknya untuk mengekalkan berat badan ideal.