Romantis bukan Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad dalam gambar di’atas? Itu merupakan gambar petikan dari video muzik rasmi lagu berjudul Patah Seribu.

Kami dengar dari sumber yang boleh di’percayai, lagu ciptaan sepenuhnya Shila Amzah ini bakal di’angkat menjadi sebuah telemovie penuh untuk tayangan umum tidak lama lagi.

Dan, khabarnya juga watak utama telemovie Patah Seribu ini akan di’pegang oleh Shila Amzah sendiri & juga kekasih angkat beliau, Sharnaaz Ahmad. Eh.

Kami sendiri belum pasti akan jalan cerita telemovie Patah Seribu ini namun yang pasti anda boleh saksikan preview video muzik Patah Seribu selepas ini yang kami kira sangat cantik & punya jalan cerita.