fbpx

Bercakap mengenai telefon pintar pasti rata-ratanya inginkan satu telefon pintar yang canggih dan lebih elegen bukan? Kali ini telefon pintar OPPO Reno sering menjadi bualan ramai mengenai kecanggihan yang yang luar biasa sehinggakan ramai peminat OPPO tak sabar untuk memilikinya.


Tapi jangan anda tak tahu, telefon pintar OPPO Reno ni ada dua versi! First sekali OPPO Reno dengan versi yang standard dan yang terkini OPPO Reno dengan versi 10x Zoom.

Dan kali ini kami tertarik untuk kongsi dengan anda beberapa kelebihan yang super duper awesome mengenai OPPO Reno 10x Zoom.

1. Tri kamera belakang Yang Menyokong 10x Kuasa Zoom Hybrid

OPPO Reno hadir dengan tri kamera belakang (triple camera) yang mempunyai kuasa 48MP + 13MP untuk telephoto dan 8MP untuk kuasa wide angle.

Tambah menarik lagi, kali ini OPPO Reno hadir dengan kuasa 10x zoom yang menyokong kuasa zoom hybrid sehingga 60x dan sekaligus merupakan teknologi terbaru yang dikeluarkan oleh OPPO untuk peminatnya.


Jadi selepas ini anda boleh zoom sehingga 10x lebih jauh dari jarak sebenar untuk dapatkan gambar dan video yang lebih meletop. Gambar anda mampu diperbesarkan sehingga 60x zoom tahu. Menarik bukan?

Nah kami belanja anda perbezaan OPPO Reno standard dan OPPO Reno 10x Zoom.

Bukan itu sahaja, bahagian tri kamera belakang OPPO Reno 10x ini merangkumi kuasa Ultra-Wide Angle yang memberi fokus sehingga 15.9mm, Ultra Clear Master + Telephoto.

Kamera utama OPPO Reno ini mampu berikan anda gambar yang lebih berkualiti dengan kuasa kamera telefoto, yang memberi fokus sehingga 159mm dan digabungkan dengan peep-up structure untuk menyokong kuasa zoom yang tinggi.

Lebih menarik lagi, OPPO Reno 10x ini juga mempunyai Dazzle mode yang akan meningkatkan warna gambar anda menjadi lebih terang.

Gambar potret anda pun akan lebih awesome dengan Artistic portrait yang main peranan dari segi warna, dan cahaya sekaligus akan membuatkan gambar potret anda seperti dalam majalah.

2. Ultra Night 2.0

Dengan OPPO Reno yang super duper power ini yang anda tak perlu risau lagi untuk tangkap gambar pada waktu malam.
Fungsi Ultra Night Mode 2.0 yang menggunakan AI, HDR dan multi frame nopise reduction akan menjadikan gambar anda lebih jelas dan cerah setiap masa.

Lebih menabjukan jika anda rakam video menggunakan OPPO Reno 10x Zoom ini yang dilengkapi dengan 4k video shooting yang di mempunyai bunyi yang jelas dan power semasa anda merakam detik indah anda.

Bukan itu sahaja, bahagian video ini akan lagi menyelah bak teater filem dengn pembesar suara stereo dan Dolby atmos

Pembesar suara utama (bawah telefon) dan pembesar suara menengah (bahagian atas telefon) dimainkan serentak untuk menghasilkan kesan pembesar suara stereo dan memberikan pengalaman bunyi yang menabjukan.

3. Skrin Panorama 6.4 inci Dan Kamera Hadapan Yang Tersembunyi Dengan Kehadiran Dua Warna

OPPO Reno kini hadir dengan skrin penuh di bahagian hadapan tanpa gangguan kedudukan kamera selfie. Lebih menarik lagi, kedudukan kamera selfie 16MP ini tersembunyi di bahagian tengah telefon pintar ini.

Kamera selfie tersembunyi ini akan naik (pop up) apabila di perlukan dengan kelajuan 0.08s.

Menarik bukan, skrin penuh sangat sesuai untuk menonton movie dengan telefon pintar OPPO Reno. Sekiranya telefon pintar ini jatuh semasa anda selfie, jangan risau mengenai kameranya kerana secara automatik kamera tersebut akan kembali tersembunyi sebelum jatuh.

Pasti ramai yang tidak sabar untuk miliki telefon pintar ini bukan? Tidak terhad dengan kecanggihan teknologinya yang power, warna OPPO Reno ini pun memain peranan.

Hadir dengan warna Ocean Green dan Jet Black. Jika anda peminat warna matte anda boleh dapatkan warna Ocean Green yang kelihatan lebih sempurna dengan kehadiran warna matte.

Tetapi untuk anda tampil lebih bergaya jangan lupa dapatkan Jet Black yang lebih berkilat dengan 3 tekstur yang berbeza.

5. VOOC 3.0 Lengkap Dengan Hyperboost 2.0 Serta Qualcomm Snapdragon 855m dan 8GB RAM + 256GB ROM

OPPO Reno 10x Zoom kini hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar dan tahan lama dan dilengkapi dengan pengecasan terpantas VOOC 3.0.

Buat penggemar game anda pasti tersenyum apabila memiliki telefon pintar ini kerana ia dilengkapi dengan Hyperboost 2.0 dan qualcomm snapdragon 855m dan 8GB RAM + 256GB ROM yang memberi pengalaman yang luar biasa ketika bermain dan menghalang telefon daripada kepanasan meskipun bermain pada waktu yang lama.

6. Harga Yang Berpatutan

OPPO Reno dijual dengan harga RM1,999 manakala OPPO Reno 10x Zoom berharga RM3,399. Bagi anda yang berminat dengan OPPO Reno 10x Zoom boleh lakukan pre order boleh dilakukan di laman rasmi Oppo atau di sini.

Bagi OPPO Reno 10x Zoom anda akan dapat hadiah berupa phone stabilizer(RM599), waranti telefon selama 1 tahun (RM139), dan jaminan screen protection selama 1 tahun (RM139)