Tekanan Gosip, Kekasih Baru Elfira Masuk Hopital?

Selepas isu putus tunang antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi, timbul pula spekulasi dimana Elfira sudah jumpa pengganti apabila gambarnya bersama usahawan kacak, Asyraff Mazlan tersebar di media sosial.

Namun baru-baru ini, usahawan berjaya itu dimasukkan ke sebuah hospital kerana mengalami tekanan selepas didakwa menjadi punca pasangan itu putus tunang.

BACA: Usahawan Berjaya Kekasih Baru Elfira Loy?

“Saya mengalami sedikit tekanan sehari selepas tersebarnya foto mengatakan saya mempunyai hubungan istimewa dengan Elfira dan menjadi punca mereka (Elfira dan Sufian Suhaimi) putus tunang.

“Saya memilih untuk berehat di hospital dan cuba untuk tidak terlalu memikirkan tentang gosip yang tersebar itu. Alhamdulillah sekarang kesihatan dah okay,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Asyraff juga menjelaskan bahawa dia sudah mempunyai kekasih dan hubungannya dengan Elfira hanya berkawan baik sahaja.

“Sebenarnya saya dah kenal keluarga Elfira sejak awal dia bergelar pelakon lagi dan kami hanya berkawan biasa sahaja.

“Saya pun sudah berpunya dan mujurlah kekasih faham apa yang berlaku dan tidak salah anggap dengan khabar angin ini,”ujarnya.

×