fbpx

Tekad Berpisah, Aidil Zafuan Serah Surat Mohon Cerai Untuk Kali Kedua

Ya, kami tahu ini gambar lama dan kami gunakan kerana sudah bosan menggunakan gambar yang sama untuk kisah seakan tiada penghujung mereka berdua ini.

Seperti anda semua, kami sendiri sebenarnya tertanya tanya bilakah kemelut rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan ini bakal berakhir. Masing masing seperti liat untuk mengalah.

Laporan demi laporan seakan mengiyakan yang rumahtangga pasangan ini seakan tidak akan kembali normal apabila Rita Rudaini sendiri mengakui yang beliau sudah pun tawar hati.

Menguatkan andaian tersebut apabila Aidil Zafuan di’katakan sedang rancak menjalin hubungan dengan Jue Aziz walaupun di’nafikan berkali kali oleh empunya badan sebelum ini.

Laporan terbaru Sinar Harian menyebut yang Aidil Zafuan sudah nekad untuk bercerai dengan menyerahkan surat permohonan cerai buat kali kedua baru baru ini.

Rita Rudaini di’khabarkan telah mengesahkan penerimaaan surat mohon cerai kali kedua itu melalui peguam beliau namun enggan untuk mengulas lanjut akan perkara tersebut.