Jenama teknologi inovatif TECNO pada 13 Ogos 2024, mengumumkan dengan secara rasminya sebagai penyokong rasmi global, Gabungan Bola Sepak Asia (AFC), AFC Champions League Elite™, AFC Champions League Two™, dan AFC Women’s Champions League™ untuk musim 2024-2025.
Kerjasama strategik ini menekankan dedikasi TECNO untuk meningkatkan jangkauannya merentasi pasaran terasnya di Asia, dan untuk memupuk hubungan bermakna antara setiap peminat bola sepak bagi berkongsi semangat kemajuan dan inovasi “Stop at Nothing”.
Kerjasama ini diumumkan pada majlis rasmi menandatangan di Kuala Lumpur, Malaysia, di mana wakil AFC dan eksekutif TECNO sama-sama menyatakan semangat dan berimpian tinggi untuk kerjasama ini.
“Perkongsian ini merangkumi nilai semangat, kecemerlangan dan inovasi bersama antara TECNO dan AFC. Ini bukan dari sekadar penajaan malah lebih lagi, ia berkenaan peristiwa penting yang menunjukkan semangat jenama ‘Stop at Nothing’.
“Bukan itu sahaja, ia juga bagi meraikan kedua-dua pihak untuk memulakan perjalanan baharu dan mencipta pengalaman yang lebih memberikan kesan untuk peminat di seluruh Asia” kata Laury Bai, Ketua Pegawai Pemasaran TECNO.
“Di TECNO, kami sentiasa percaya kepada kuasa dan semangat kesukanan yang dapat menyatukan masyarakat dan memberi inspirasi kepada perkembangan dan kemajuan. Kerjasama ini membolehkan kami bukan sahaja memperkuatkan lagi setiap daripada peminat bola sepak Asia di peringkat global malah lebih interaktif dan memberikan pengalaman mengasyikkan pada perlawanan bola sepak melalui teknologi canggih kami, di samping membina hubungan yang lebih mendalam dengan semangat berkongsi antara TECNO dan peminat bola sepak.”
Datuk Seri Windsor John, Setiausaha Agung AFC, berkata, “Ketika AFC memasuki era baharu inovasi dan transformasi, diterajui dan didorong oleh rombakan pertandingan kelab, kami berbesar hati untuk mengalu-alukan entiti yang ingin berkongsi nilai bersama dalam jenama teknologi inovatif global, TECNO.
“Kami berterima kasih kepada TECNO kerana mengiktiraf pertandingan bertaraf dunia AFC yang mempunyai daya tarikan global yang semakin maju ini, malah bersedia untuk mengumumkan tahap peningkatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada tahun-tahun akan datang. Kami juga berharap untuk bekerjasama rapat dengan mereka bagi mencipta detik yang lebih menarik bersama peminat bola sepak Asia yang bersemangat waja.”
Dengan memanfaatkan kumpulan peminat besar pertandingan kelab AFC, dengan penonton televisyen global hampir 1 bilion, TECNO bersedia untuk berhubung dengan komuniti sukan yang besar, meningkatkan kegembiraan dan keterujaan bola sepak dan menggalakkan orang ramai untuk membawa semangat permainan ke dalam kehidupan seharian mereka.
Memandangkan pengalaman digital sekarang ini telah berkembang dan antara bahagian yang amat diperlukan untuk memberikan pengalaman menakjubkan bagi peminat bola sepak, dan apabila permintaan untuk teknologi pintar berterusan meningkat di seluruh Asia, TECNO menyasarkan untuk mengembangkan kehadiran jenamanya dalam pelbagai pasaran di seluruh benua melalui kerjasamanya dengan AFC.
Dengan menjadikan teknologi dan produk termaju lebih mudah diakses, TECNO berharap untuk membawa pengalaman digital yang unik dan mengasyikkan kepada peminat bola sepak bagi meningkatkan cara mereka mengalami pengalaman bola sepak dalam kehidupan seharian mereka.
Tambahan pula, kerjasama ini menekankan komitmen berterusan TECNO untuk menggunakan sukan sebagai ‘jambatan’ untuk mempengaruhi pengguna global dan mencipta pengalaman yang dikongsi di antara penontonnya.
Kepercayaan kepada kuasa sukan dan teknologi adalah untuk memberi inspirasi kepada individu untuk bangkit lebih maju, mengejar impian, dan mengejar minat mereka yang mana DNA jenama TECNO ini telah pun tertanam dalam diri mereka. Jenama ini juga turut berdedikasi untuk menghidupkan kepercayaan ini dengan mencipta program bermakna yang mendorong pengguna untuk membuka potensi mereka melalui sukan.
Cipta Impak Berkekalan
Pada masa lepas, melalui penajaan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) ke-34, TECNO mencipta impak yang berkekalan dengan satu siri kempen yang menyediakan perlawanan kepada seluruh komuniti bola sepak di Afrika dengan mencipta pengalaman tontonan yang unik, selain menjadikan bola sepak boleh diakses oleh komuniti Afrika yang lebih terpencil dengan komited untuk mengubahsuai 100 padang bola sepak di seluruh Afrika dalam tempoh lima tahun akan datang!
Melalui perkongsiannya dengan AFC, TECNO akan terus meningkatkan dan berinovasi untuk meberikan pengalaman serupa yang tidak dapat dilupakan di Asia dan memberi inspirasi kepada peminat bola sepak untuk memperjuangkan semangat “Stop at Nothing” bersama-sama untuk mencipta lebih banyak lagi pengalaman menakjubkan dan membina masa depan yang lebih baik bersama-sama. Wah, sama-sama kita nantikan!
Untuk info lanjut boleh melawat di Facebook, Instagram dan TikTok TECNO Malaysia.