fbpx

Umum mengetahui, sebelum ini hangat diperkatakan mengenai konflik hubungan antara pelakon Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju dengan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Ezley.

Bagaimanapun, kemelut mereka sudah menemui titik noktah apabila keduanya membuat permohonan maaf serta terus menjaga hubungan silaturahim meskipun tidak lagi bersama.

BACA: “Masa Sedap Pakcik Hilang Kopiah Tak Ingat Allah” – Zarina Anjoulie Perli Khazrul?

Baru-baru ini, perkongsian Khazrul menjadi perhatian ramai apabila memuat naik satu video di aplikasi TikTok sekaligus menjadi bualan.

https://www.tiktok.com/@dodi_alfayeds/video/7218945092013411590

Menerusi perkongsian itu, Khazrul memuat naik wajah seorang wanita dikenali sebagai Mimi berserta kapsyen romantik.

Diruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya gerangan wanita cantik itu. Turut menjadi perhatian, Khazrul turut menjawab bahawa wanita itu bakal menjadi ibu kepada anaknya.

Dalam pada itu, Khazrul mengakui bukan mudah untuk menawan hati wanita tersebut namun meluahkan rasa syukur Allah melembutkan hatinya.