fbpx

Tayang Gambar Gula-Gula Asam, Marissa Dania Hamil?

Hampir lima bulan mendirikan rumah tangga, pempengaruh media sosial yang juga anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania dikatakan hamil anak pertama.

Timbul spekulasi tersebut selepas Marissa memuat naik gambar gula-gula asam di Insta Story yang sinonim untuk mengurangkan alahan mengandung.

BACA: Madu Marissa Dania Hamil Anak Ketiga?

@abg.tesla

Betul ke @aslam ?? #abgtesla

? original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

Malah, baru-baru ini menerusi satu video pempengaruh media sosial, Abang Tesla ada bertanyakan kepada suami Marissa iaitu Aslam ketika bercuti di Singapura.

Menerusi video itu, Aslam hanya meminta mendoakan yang baik sambil ditenung oleh isteri pertamanya, Misya Mazlan.

“Jangan buat content (kandungan) abang. Doakan yang baik-baik dan jauhi yang buruk,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Tesla turut bertanyakan mengenai gosip Marissa hamil kepada Misya. Namun, Misya secara spontan bertanyakan siapa individu yang dimaksudkan itu serta tidak mengenali wanita tersebut.

“Siapa Marissa? Tidak kenal,” kata Misya.

Minggu lalu, Misya seolah memberi bayangan dirinya kini sedang berbadan dua selepas mengidam mahu menikmati ayam goreng Korea.

SUMBER: Kosmo