Pelakon Eyra Hazali tampil memberi teguran kepada golongan wanita berhijab yang membuat trend gambar 80-an menggunakan suntingan atau teknologi kecerdasan buatan (AI).
Menerusi perkongsian di Threads, Eyra mengingatkan meskipun ianya hanya gambar suntingan ianya tetap dikira aurat.
BACA: “Pada Wanita Yang Nak Try Haziq, Saya Eyra Hazali, Saya Cantik Tau”

“Untuk wanita yang join trend 80s tu, saya cuma nak kongsi peringatan untuk kita yang bertudung. Walaupun gambar itu sekadar edit atau AI, aurat yang terpapar itu tetap dikira aurat kita.
Menurut Eyra lagi, ianya boleh disalah gunakan oleh individu tidak bertanggungjawab apabila gambar tersebut dikongsikan secara umum.
“Tambah pula bila kita muat naik secara umum, risiko gambar itu kena screenshot atau disalah guna oleh orang lain sangat tinggi. Saya sayang anda semua, jadi jangan muat naik ya,” tulisnya.