fbpx

Tawaran Hebat & Revolusi Dari Lazada 12 Disember Ini!

Seperti sudah menjadi kebiasaan untuk rakyat Malaysia untuk berbelanja setibanya hujung tahun — lebih lebih lagi dengan pelbagai tawaran hebat yang diwujudkan oleh pusat beli belah seluruh Malaysia dan kini ditambah dengan tawaran revolusi oleh Lazada Malaysia.

Genap sebulan selepas pelancaran The Online Revolution, Lazada akan menganjurkan salah satu jualan terhebat di Asia Tenggara pada 12 Disember 2013 ini dan menjangkakan ianya akan menjadi hari paling sibuk untuk pembeli online sepanjang tahun 2013.

Pada 12 Disember ini, kaki shopping akan menikmati tawaran paling eksklusif dan hampir tidak masuk akal selama 24 jam, antaranya;

  • Tawaran istimewa untuk barangan pre-order & baru seperti PlayStation 4 & iPad Air. PS4 akan dijual pada harga hanya RM1599. Dan, jika anda membeli PS4 dengan kad kredit Visa, anda akan menerima lagi 15% potongan harga. Say what?

    PS4_RM1599

    Manakala, iPad Air 4G akan dijual dengan harga hanya RM1999.

    iPad_Air_RM1999

  • 10 tawaran pakej hebat pada harga menarik seperti Desktop PC Essential Lenovo + PERCUMA Set Kepala Multimedia SSK dengan Mikrofon
  • Jenama hebat dengan diskaun menarik (Kenwood/Lenovo/Fujifilm)

Cameras_Online_Revolution

Pembeli akan menikmati pelbagai tawaran lain dari barangan elektronik, pakaian, fesyen mahu pun penghantaran makanan pada hari tersebut. Terdapat diskaun ekstra sehingga 90% pada tawaran-tawaran revolusioner yang boleh dinikmati oleh pembeli-belah untuk satu hari terakhir.

Pemegang kad loyalti BCard akan menerima mata tambahan untuk setiap pembelian dan akan membolehkan mereka menebus barangan di Lazada.

Rotikaya_1

Pada hari terakhir Revolusi Dalam Talian iaitu 12 Disember ini, 11 produk akan disediakan untuk dimenangi dimana pembeli dengan pembelian yang tertinggi akan memenangi produk yang mempunyai undian paling popular dari pertandingan Re-VOTE-lution!

Jika anda menjadi peminat Lazada di Facebook bermula 1 Disember hingga hari ini, mereka akan memberikan 1000 baucer khas yang boleh digunakan pada 12 Disember ini.

Jadi tunggu apa lagi, pangkah tarikh 12 Disember dalam kalendar anda & jangan lupa ke Lazada untuk menikmati tawaran yang bukan datang selalu ini. Mungkin masanya untuk anda beli gajet canggih yang sudah lama anda idamkan.