Baru-baru ini, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus ada menjelaskan dakwaan mengenai suami dayus apabila membenarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki.

Menurut Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI berkata bersalin adalah kritikal kerana berkaitan dengan dua nyawa dan jika tiada doktor wanita tidak berdosa jika doktor lelaki menguruskannya.

Bagaimanapun, penjelasan UAI itu dibidas oleh penceramah bebas, Ustazah Siti Afifah Shahbudin yang menyifatkan UAI tidak memahami dengan hukum Allah.

“Minta maaf Ustaz Azhar Idrus. Saya seorang wanita yang mengalami pengalaman mengandung dan beranak. Ini masalah wanita tau ustaz! Masalah wanita!

“Yang meletakkan hukum dayus, tanda-tanda lelaki dayus adalah Allah Taala. Jadi, apa saya nak cakap dekat ustaz.. mungkin terlepas pandang,” katanya.

@mhmn_vieu

Replying to @s_yqjs ini apa yg dia Kata UAI tak faham bab hukum

? original sound – MR H A F I Z E K – MHMN

Siti Afifah turut mempersoalkan adakah ustaz pernah berada  dalam situasi wanita bersalin serta bertanyakan sama ada UAI pernah merasai pengalaman sakitnya  melahirkan anak.

Penceramah bebas itu turut bertanya pendapat UAI mengenai prosedur ketika bersalin terutamanya jika ia dilakukan oleh doktor lelaki.

“Dalam masa sama, apa tindakan ustaz sebagai ulama melihat doktor membuat kajian kepada wanita dengan menyeluk, main-main dekat dalam (kemaluan) dan sebagainya.

“Apa ustaz perjuangkan selama ini? Tidakkah berasa ini sebagai tanggungjawab ulama dan ustaz? Mana jiwa kamu? Ini pasal maruah wanita. Jangan mudah nak halal haram.

“Apa usaha ustaz nak mempertahankan maruah wanita apabila suaminya di luar kemampuan? Apa usaha ustaz yang mempunyai pengikut ramai sampaikan kepada kerajaan bahawa wanita-wanita tidak reda dijadikan bahan kaji.

“Ustaz tau tak sakit dirodok di bawah (kemaluan) macam mana? Bukan seorang atau dua (doktor) yang masuk (kemaluan). Itu belum lagi tangan bukan Muslim. Tangan lelaki tau tak macam mana?” katanya.

×