fbpx

Soal Cinta, Tasha Shilla Mahu Muhasabah Diri

Terhimpit dengan kontroversi yang ditimbulkan dirinya sendiri sepanjang tahun ini sebenarnya membuatkan Tasha Shilla lebih berhati-hati dalam meneruskan perjalanan kariernya dan mahu bermuhasabah dengan apa yang telah terjadi.

BACA: Tasha Shilla Nafi Dirinya Kini Digam Stesen TV

“Saya kini lebih berhati-hati dan lebih mendalami setiap perjalanan hidup dan karier Tasha sendiri. Setiap hari Tasha belajar daripada kesilapan. Dugaan dan ujian yang hadir, kita sendiri tak duga. Tapi Tasha terima dengan reda, asalkan kita tak putus asa dan kena selalu fikir positif”

“Tipulah kalau Tasha kata tak pernah kecewa dengan apa yang berlaku sebelum ini, tapi sampai bila nak bersedih? Kita tak digalakkan untuk terus rasa kecewa”

“Setiap apa yang berlaku itu adalah tarbiah daripada Allah untuk buatkan kita lebih kuat hadapi perjalanan hidup. Sebab itulah Tasha lagi suka ambil positif dan selalu bersangka baik,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, dalam masa yang sama, Tasha juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah meletakkan sebarang kriteria tentang lelaki asalkan lelaki bertuah tersebut sanggup mempertahankan masa depan mereka bersama. Semoga Tasha berjumpa lelaki idaman satu hari nanti. (rtky/s)