fbpx

Tarikh Lahir Cantik, Puteri Aisyah Selamat Bersalin Anak Pertama

Tahniah diucapkan buat pelakon Puteri Aishah yang selamat menimang cahaya mata sulung semalam. Berita gembira itu dikongsikan oleh pengurusnya, Iman Tang di Insta Story.

Menerusi entri tersebut, Iman berkongsikan Puteri Aishah menimang cahaya mata lelaki sekitar jam 8 malam dan kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.

BACA: Tak Mengidam Pelik-Pelik, Puteri Aishah Cuma Teringin Kek Tapak Kuda

“Syukur Alhamdulillah. Selamat atas kehadiran anak lelaki pertama pada Khamis, 4 April 2024. pada sekitar jam 8.17 malam. Baby dan mommy sihat walafiat.

Dalam pada itu, Iman turut menitipkan doa agar anak kepada Puteri Aisyah dan suaminya, Firdaus membesar menjadi insan yang berbakti membanggakan orang tuanya.

Untuk rekod, Puteri Aishah mendirikan rumah tangga dengan Firdaus yang merupakan seorang ahli perniagaan pada November 2021.