fbpx

Tarian Pelik Da’i Syed Dikecam, Netizen Tampil ‘Backup’

Sabtu lalu, pasangan selebriti, pendakwah bebas Da’i Syed, dan pengacara, Hana Ismail sah bergelar sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis diadakan di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.

Difahamkan, pasangan pengantin itu diraikan dalam satu majlis resepsi pada malam hari yang sama di Magica Hall, Monterez Club Shah Alam.

BACA: “Bagi Yang Kenal Saya, Syed Is Not Really My Type” – Hana Ismail

Tular video dikongsikan oleh Xtra di aplikasi TikTok memaparkan kemeriahan majlis perkahwinan pasangan itu. Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan aksi Da’i Syed menari tarian Marawis dipercayai tradisi bagi keturunan Arab.

@xtra_my

Sportinglah pengantin lelaki menari tarian marawis ? #fyp #xtramy #daiesyed #menari #marawis #walimatulurus #beritaditiktok #sembangentertainment

? original sound – XTRA – XTRA

Menerusi video berkenaan, Da’i Syed dilihat sedang menari bersama beberapa orang individu di hadapan pemain muzik sambil ditonton oleh tetamu.

Aksi tarian itu bagaimanapun menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen yang menyifatkan ia sebagai hiburan melekakan.

Bagaimanapun, ada yang mempertahankan pendakwah itu dengan menjelaskan tujuan tarian Marawis dimana ia merupakantradisi bagi keturunan Arab iaitu Syed dan Syarifah.

Kata netizen lagi, jika di Malaysia kebiasaannya persembahan tarian zapin dan jika di Yaman mereka akan persembahkan tarian Marawis.