Tarian Lelaki Dalam MV Kelepok Raya Itu Seni, Aliff Syukri Minta Netizen ‘Open Minded’
Tampil dengan lagu raya berjudul Kelepok Raya, bagaimanapun lagu nyanyian usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri itu dikecam teruk oleh netizen.
Rata-rata netizen kurang senang dengan aksi tarian penari lelaki lembut dalam video berkenaan kurang sesuai untuk tontonan umum.
BACA: Ibu Aliff Syukri Geli Tengok Penari Dalam MV Kelepak Kelepuk Raya
Malah, netizen turut mengkritik aksi dan pakaian penari dalam muzik video itu dilihat memakai songkok dikatakan mencemarkan imej Islam orang Melayu.
Tampil menjawab kritikan netizen, Aliff meminta netizen supaya bersikap open minded atau terbuka kerana tarian penari itu adalah seni.
Aliff turut meluahkan rasa hairan mengapa penari dalam muzik videonya dikecam sedangkan sebelum ini penari itu pernah menari untuk artis lain.
“Bagi saya tarian is art. Selagi dia tak berbogel. Melayu ni kebanyakannya tengok video lepas tu kecam awal-awal. Padahal tarian itu adalah seni, saya pun salah seorang penari kebudayaan.
“Penari yang kita ambil adalah daripada penari kebudayaan daripada Istana Budaya. Banyak artis dah guna deorang untuk muzik video tapi tak tahulah kenapa Aliff Syukri je orang nampak,” katanya.
Kata Aliff, dia tidak kisah dikritik kerana baginya jika netizen tidak berfikiran positif, industi seni akan berada di takuk yang sama.
“Bagi saya netizen boleh komen apa saja orang kata saya buat gimiklah, bagi saya terbuka, yang buruk saya terima yang baik pun saya terima.
“Bagi saya tanpa gimik lagu ini tidak akan meletup sebab saya bukan Siti Nurhaliza. Kalau netizen tidak berfikiran positif, tak berfikiran out of the box sampai bila industri nyanyian dalam takuk yang sama,” katanya.
Ditanya mengenai teguran diberikan oleh ibunya, Bonda Rozita, Aliff berkata dia sudah menapis babak panas dalam muzik video itu.
“Memang mak saya ada bagi teguran, tapi video itu sudah ditapis. Video itu sebenarnya agak lagi panas, tapi mak saya bagi tahu jangan ini dah terlebih.
“Saya bagi tahu dengan penari pakai baju yang selesa dan menari ikut kemahuan mereka. Jadi mereka tampil berbeza-beza. Saya dah potong babak dalam video itu hampir 40 peratus bagi menghormati isteri dan ibu saya,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Strategi LGBTQ ialah mempergunakan artis untuk memperluaskan komunikasi agenda dan normalasasi hak mereka. Sebagai negara sekular strategi ini bagus sebab target mereka ialah budak dan pemuda pemudi. Satu hari kaum ini akan diterima masyarakat sebagai jantina ketiga malah akan ada juga yang akan dipanggil ustaz atau pu
nanti lepas ini suruh anak2mu menari pakai seluar dalam ya,
supaya tidak perlu cakap suku orang menari guna seluar dalam.
sekarang ni takda pihak yang buat tapisan ke?pihak yg sepatutnya senyap je…mmm
Haiya. Suka hati lah penari tu nk menari dgn artis lain utk lagu dorg. The problem here… Ko buat lagu raya. Ko tak appreciate hari kebesaran org islam ,hari baik2 ni dah kenapa? Stop twisting words it makes u more and more uncivilised and S.T.U.P.I.D.
Bila si jahil berbicara..hanya Allah mampu merebahkan si jahil..
wow seronoknya….sekarang kita dh berjaya menormalisasikan seks sebelum kahwin sampai bersepah2 anak luar nikah, memberi hak kepada LGBTQ+….lps ni tolong fight untuk cinta ayah+anak /mak+anak/ abg+adik sebapa…kiteorg pun berhak untuk pilih jln hidup kiteorg. maybe in 2040 impian incest kami tercapai. #fightforincest
Zmn ni buat jahat nmpk bergaya, buat baik nmpk mcm org bodoh!
selagi keluarkan cite psl dia selagi ramai yg concern psl dia selagi tulah dia meracau mcm ni..jgn peduli even keluar cite psl dia pn jgn komen jgn layan
TARIAN MEMANG MEMANG SENI TAPI ADA BANYAK JENIS TARIAN KENAPA PILIH TARIAN SEBEGITU UTK KLIP RAYA? IBARAT FILEM XXX BERTEMAKAN PERAYAAN NANTI CLAIM FILEM ITU MEMPUNYAI SENI TAPI SESUAIKAH IA DITAYANG UNTUK MUSIM PERAYAAN MUSLIM?
MOHON ALIP SEMAK BALIK TARIAN SEBEGITU BANYAK DIGUNA OLEH PENYANYI ANTARABANGSA SEPERTI MADONNA DAN KYLIE MINOGUE DI PENTAS,, BOLEH DIKATEGORIKAN SENI TAPI APAKAH IMEJ INI YANG DIPILIH UNTUK HARI RAYA? RASANYA SIAPA YANG PERLU BUKA MINDA DAN BERFIKIR ‘DO AND DO NOT’
Dia nie berbual APE NIE?
menggeletek tu art ye. manipulasi words
Tapi memanglah Puan Shahidah, Kita tak boleh judge orang. Tujuannya apa ? Tunjuk lelaki jadi lembut ??! Banyak lagi tarian pencak silat ke .. yang tunjuk kekuatan lelaki. You suka kalau anak anak jantan korang jadi lembut ? Fikir lah sendiri korang satu keluarga.
Ni lah org pegi Haji, gi Umrah banyak kali lepas tu Bulan Ramadan buat macam ni.
Ni kata dah 40% ditapis kita tgk pon tersinggung??? Kalau tak bertapis apa lagi yg dia buat!!! Astaghfirullah…berbual apa si aliffsyukri ni?
tangkap dan hukum jer si penjahanam bangsa nih!