Hampir setahun menunggu, penyanyi Aishah meluahkan rasa terkilan apabila dimaklumkan akan menerima tanah lot yang lebih kecil dan bukannya tanah lot banglo seperti yang diijanjikan semasa memenangi pertandingan Gegar Vaganza musim keempat.
Menerusi Instagram, Aishah turut mempersoalkan mengapa perkara tersebut hanya diberitahu selepas setahun menunggu. Kata Aishah lagi, dia juga turut tertanya-tanya adakah nilai hadiah itu satu kesilapan atau hanya mahu menampakkan program tersebut hebat.
BACA: Isu Hadiah, Aishah Mahu Saman Datuk Seri Vida?
“Tak tahulah nak menangis ke nak ketawa, sudahlah susah payah nak tuntut hadiah siap dengan maki hamunnya, minta tangguh lebih setahun. Sekarang diberitahu yang tanah dijanjikan itu bukan lot banglo, tapi lebih kecil, katanya itu perjanjian dengan badan penyiaran,” katanya.
“Hampir setahun baru nak bagi tahu? Jadi yang diuar-uarkan dalam televisyen tu tak betullah ya? Kesilapan atau sahaja nak gempakkan program. Adoiii I am speechless,” tulisnya di Instagram.
Terdahulu, Aishah meluahkan rasa kecewanya mengenai hadiah tanah lot banglo yang dimenanginya masih belum diterima selepas hampir setahun. Lebih mengecewakan lagi apabila barangan kemas hadiah tajaan daripada Datuk Seri Vida didakwa palsu.