fbpx

Tampil Bertudung, Netizen Minta Isteri Caprice Kurangkan Menari

Baru-baru ini, penyanyi rap Caprice meluahkan rasa gembira dengan penampilan terbaru isterinya, Farra Inalis yang kini tampil berhijab dan lebih menutup aurat.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Caprice ada memuat naik video isterinya mengikutinya ke mesyuarat pembangunan dua aplikasi Islamik.

BACA: “Walupun Free Hair Tak Bermakna I Jahat, Boleh Bertaubat Bila Tiba Masanya” – Isteri Caprice

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menegur isteri penyanyi rap itu yang seronok menari dihujung video meskipun sudah tampil berhijab.

Meskipun ramai yang memuji perubahan isteri Caprice itu, namun ada yang berharap agar Farra perlahan-lahan atau berhenti dari melakukan konten menari.

Dalam pada itu, ada yang mendoakan agar Farra kekal berhijab serta memuji ibu kepada seorang cahaya mata itu sememangnya cantik bertudung.