fbpx

Tampil Berhijab, Netizen Doakan Almy Nadia Kekal Istiqamah

Penampilan pelakon, Datin Almy Nadia ketika bercuti bersama keluarganya di Genting Highland baru-baru ini menjadi perhatian apabila tampil berhijab.

Difahamkan, video itu dimuat naik oleh akaun Instagram kelab peminat Almy dan suaminya, yang juga pelakon Datuk Fizz Fairuz.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FizzAlmy (@fizzalmyofficialfc)

Menerusi video itu, pelakon itu bersama suami serta empat anaknya dilihat sedang menaiki kereta kabel.

Namun apa yang lebih menjadi perhatian netizen apabila Almy dilihat memakai tudung bawal berwarna biru.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Almy tampil cantik berhijab. Malah, ramai mendoakan agar pelakon itu kekal istiqamah dalam berhijab.

Setakat ini, pelakon itu belum mengesahkan lagi sama ada sudah berhijab penuh. Namun, dalam satu perkongsian di Instagram, Almy dilihat berhijab ketika membuat panggilan video bersama anaknya.