fbpx

Talha Harith Tak Jadi Kahwin, Tunang Pilih Nikah Lelaki Lain

Hasrat pelakon Talha Harith untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila tunangnya mengambil keputusan memutuskan hubungan dan memilih untuk berkahwin dengan lelaki lain.

Memetik mStar Online, pelakon berusia 34 tahun itu terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang. selepas mengalami kerugian apatah lagi segala persiapan perkahwinan sudah dibuat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Talha Harith (@talhaharith)

“Bukan sikit hantaran yang saya sudah sediakan. Lima jenis barang kemas termasuk cincin, rantai, gelang tangan dan anting-anting.

“Tetapi saya tidak sekejam itu untuk menyaman keluarga mereka. Saya rasa kalau saya ambil tindakan, saya pun dah jadi kejam seperti mereka,” katanya.

Semalam, perkongsian Talha menjadi perhatian apabila meluahkan rasa kecewa selepas tunangnya dikenali sebagai Nur Diyana bernikah dengan lelaki lain.

Menurut Talha, Diyana pernah bertunang dengan lelaki berkenaan sebelum ini serta mendakwa wanita itu ditinggalkan dengan alasan hubungan mereka tidak direstui keluarga.

Kemudian wanita itu bertunang dengan Talha pada Ogos tahun lalu namun tiba-tiba berubah hati serta kembali memilih lelaki berkenaan.

“Sebenarnya lelaki ini adalah bekas tunang Diyana. Mereka sempat bertunang sebulan sahaja, selepas itu mereka putus. Lelaki itu kemudiannya berkahwin dengan wanita lain. Mereka berkahwin selama lebih kurang tujuh tahun dan bercerai pada Disember tahun lalu.

“Sejak itu tunang saya berubah 180 darjah. Kami tidak bergaduh tetapi tiba-tiba dia minta putus pada Mei lalu,” katanya.