Takut Dengan Kematian, Aliff Syukri Dekatkan Diri Dengan Allah
Selepas muncul dengan lagu Raya bulan lalu, tiada lagi cerita kita dengar mengenai usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri.
Memetik Oh Bulan, Aliff mengakui dia takut untuk menghadapi kematian dan melihat banyak berita pemergian rakan dan juga selebriti mengingatkannya tentang perkara tersebut.
BACA: “Siti Nurhaliza, Saya Minta Maaf, Mak Saya Dah Marah, Ambillah Balik Penyanyi No. 1” – Aliff Syukri
“Saya terlalu sibuk, melihat ramai kawan-kawan dan rakan selebriti yang meninggal dunia awal, saya berdoa untuk mati dalam keadaan tenang dan tidak mahu dikecam. Saya sebenarnya takut untuk menghadapi kematian.
“Saya walaupun ada segalanya, perniagaan, kekayaan dan anak yang ramai, saya bersyukur tindakan saya masih terkawal dan tidak terlebih.
“Saya sedar saya bukan ahli ulama, end of the day saya akan tua dan sakit, oleh itu saya seru untuk sentiasa buat baik, sebab bila waktu kita mati kita tidak tahu pun,” katanya.
Menurut Aliff, dia ada berjumpa dengan doktor kerana tidak sihat namun tidak dapat dedahkan sakit apa yang dialami olehnya.
“Baru-baru ini pun saya kurang sihat dan ada berjumpa dengan doktor, katanya saya perlu jalani kehidupan yang lebih sihat. Tetapi sakit apa yang saya alami maaf tidak dapat kongsikan,” katanya.
Sementara itu, Aliff berkata dia kini mula solat berjemaah dengan keluarga serta banyakkan membaca Al-Quran dan mengamalkan gaya hidup sihat.
“Saya ingin kurangkan bersosial, saya mahu amalkan gaya hidup sihat, banyakkan beribadah. Saya banyak dengar nasihat isteri saya dan sekarang hati saya lebih tenang.
“Jujur saya katakan, sekarang sudah kerap solat berjemaah dengan anak-anak dan cuba untuk banyakkan membaca al-Quran untuk dekat diri dengan Allah. Kemudian saya mahu anak-anak semua ambil alih perniagaan supaya saya boleh berehat,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff berkata dia berhajat untuk mewakafkan sebahagian hartanya untuk mendirikan surau dan rumah tahfiz sebelum dia pergi menghadapn Ilahi.
“Saya pernah berborak dengan isteri, saya beritahu dia agama saya tidak cukup, tetapi seandainya saya meninggal, saya minta sekurang-kurangnya harta saya diwakafkan untuk buat surau atau tahfiz sebanyak RM1 juta, itu lah niat saya.
“Saya juga berharap sesiapa yang mengenali saya atau rapat dengan saya tidak akan menceritakan perkara yang buruk apabila saya sudah tiada nanti,” katanya.
- SUMBER
- oh Bulan
Kejap solat jemaah, kejap buat hal, kejap lagi apa la pulak lepas ni. Asalkan alif bahagia, ye tak?
Sembang lah kau.
Poyo la ko, pe ko ckp ckit x blh prcya.
Kau ajak geng kau kak kemut dn nyah Jat bapok kau tu sekali supaya igat mati!!!
Hmm..ko nk buat apa pun org dh tak caya alip..sukati ko la
Mohon komen ditutup sbb mamat budu nie dah nak dekatkan diri dgn tuhan. Tak perlu komen lg dia dah insaf.
bukan dia ke yang upload video mengamuk lagunya x diputarkan? bukan dia ke yang goyang ponggong bersama akak KM? bukan dia ke yang keluarkan klip video raya yg tak sesuai tema? bukan dia ke yang claim penyanyi nombor syatu? adakah pada masa itu dia tak ingat pada kematian?
alip, org nk brubh arah kbaikan, baik diam tnpa bgtau suma org. bia je Allah tau.sbb bla ko x buat, malu tau.. ntt org dok prli naa.
Alhamdulillah Datuk, semoga penghijrahan ini mendapat redho Allah..
nanti raya tahun dpn ..buat kecoh balik buat lagu raya merapu …
Budu ni sumer perkara dibuat main2 je termasuklah hal2 keimanan janji trending. Pasnie dia buat bideo menonggeng ngan bapok pulak. Pastu dia mintak maaf pastu dia buat hal lg. Lama2 dagu dia akan tumbuh bertambah panjang dan suara dia jd makin terkucil.