Menerusi satu perkongsian di Instagram, penyanyi rap Daddycap mendedahkan hatinya terbuka untuk berkahwin dengan Farra Inalis selepas ditanya oleh anak wanita itu, Aleesya Sofea.
Kata Cap, penyataan kanak-kanak lima tahun itu menyedarkan dirinya untuk menghalalkan hubungan dan tidak mahu menjadi contoh yang baik kepada anak tirinya.
BACA: Isteri Pelik Jarang Post Foto Bersama, Daddycap Hanya Kongsi Jika Elis Berhijab
View this post on Instagram
“Aleesya Sofoe seorang budak yang istimewa, kadang-kadang saya rasa dia bukan budak berumur lima tahun. Dua bulan sebelum terfikir nak berkahwin masa tengah makan, adik tiba-tiba tanya daddy dengan mummy dah kahwin ke belum?
“Saya terkejut dengan soalan diajukan oleh budak lima tahun. Jujur saya rasa ia macam petunjuk dari Dia. Takkan nak teruskan hubungan haram depan budak umur lima tahun yang selalu panggil kita daddy. I had to make a decision,” katanya.
Cap berkongsikan, pada hari pernikahan anak tirinya itu sangat teruja kerana gembira dia akan berkahwin dengan ibunya. Ujarnya lagi, dia berharap dapat menjadi seorang bapa dan imam buat keluarganya.
“Masa hari pernikahan saya, adik tunggu dalam kereta apabila dia nampak saya turun tangga dia terus lari dan pegang tangan saya kuat-kuat.
“Dia sangat teruja dengan apa yang berlaku. Dia punya happy lain macam. Mungkin sebab gembira saya berkahwin dengan ibu dia. Adik dah lama rancang, kita je yang lalai. Saya sangat berharap dapat jadi bapa dan imam yang baik, InsyaAllah,” katanya.