fbpx

“Tak Wajib Pun Untuk Saya Berniqab”

Sudah beberapa kali menjejakkan kaki ke Mekah, Rozita Che Wan sering memakai niqab ketika di sana tetapi ramai mempersoalkan tindakannya kerana ianya tidaklah wajib. Jelas Che Ta, beliau memakai niqab kerana ingin fokus untuk beribadah selain untuk tidak dikenali.

BACA: 5 Tips Mudah Bulu Mata Lentik Macam Che Ta!

“Ramai tanya saya kenapa pakai niqab semasa di Makkah sahaja dan apabila sampai di Kuala Lumpur dah tak pakai? Pada hal menutup muka ini tak wajib pun. Sebagai selebriti tak nak terganggu ibadah kerana orang kenal. Selain itu, boleh halang daripada orang batuk atau bersin depan muka”

Biasalah sebagai selebriti mesti ramai yang akan datang bergambar, pun begitu kongsi Che Ta, biarpun memakai purdah ada juga yang masih mengenali beliau kerana berjalan di sebelah suami, Zain Saidin.

“Maklumlah, ramai orang dekat sana. Walaupun berniqab, ada juga peminat yang perasaan kewujudan saya sebab berjalan bersebelahan dengan Zain Saidin. Jadi, daripada situ orang tahu perempuan sebelah Zain ialah Che Ta”

“Kalau dalam masjid saya buka niqab dan ada pula orang kata saya sombong sebab tak nak bergambar. Hakikatnya, saya ada letakkan had masa 30 minit untuk bergambar,” jelasnya kepada m Star Online. (rtky/w)