Semalam, pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan anak perempuan isteri baru bekas suaminya, Fizi Ali yang dilihat menekup mulut anaknya dalam gambar pernikahan mereka.

Shakilla mengakui terkejut apabila mendapat tahu mengenai berita perkahwinan Fizi kerana dia baru saja bertemu dengan bekas suaminya itu yang mahu mengambil anak mereka.

BACA: Shakilla Khoriri Tak Senang Mulut Anak Kena Tekup Dalam Foto Nikah

Dalam pada itu, Shakilla berkata Fizi memberitahu mahu membawa Ameena ke taman tema air tetapi tidak sangka untuk menghadiri majlis pernikahannya.

Sementara itu, menerusi perkongsian di TikTok, Shakilla ada memuat naik kenyataan yang diberikan kepada pihak media berhubung pernikahan bekas suaminya itu.

@shakillakhoriri

Kalau TAK tahu cerita sebaiknya bertanya. Bukan buat spekulasi atau assumed macam-macam cerita. Sedak kita tengah makan tauuu !! ? Ni full statement yang i bagi pada semua wartawan. Lebih baik dengar penjelasan penuh bukan sekerat-sekerat yang buat you all tambah dosa. Siapa nak berdiam diri, silakan. Peace no War ?? Selamat Pengantin Baru Piji ?

? original sound – SHAKILLA KHORIRI – SHAKILLA KHORIRI

“Kalau tak tahu cerita sebaiknya bertanya. Bukan buat spekulasi atau buat andaian macam-macam cerita. Sedak kita tengah makan tau.

“Ini kenyataan penuh yang saya bagi pada semua wartawan. Lebih baik dengar penjelasan penuh bukan sekerat-sekerat yang buat anda semua tambah dosa. Siapa nak berdiam diri, silakan,” tulisnya.

Diruangan komen, Shakilla dilihat ada menjawab soalan diajukan oleh netizen dimana dia tidak kisah Fizi merahsiakan mengenai pernikahannya itu namun mempersoalkan mengapa perlu menipu anak mereka.

“Ya hak dia, dan saya pun tak pernah kisah dah hal dia. Tapi kenapa mesti menipu? Bagi saya tak mengapa tapi bukan kepada anaknya,” tulisnya.

Shakilla turut dilihat menjawab komen netizen yang mempersoalkan mengapa pihak keluarga Fizi tidak memberitahu Shakilla mengenai perkara itu. 

“Tak terkejut. Ameena sakit pun tak ada siapa tanya khabar,” tulisnya.

×