fbpx

Tak Tahan Dikecam & Dihina, Wani Comel Buat Laporan Polis

Tidak tahan dengan pelbagai kecaman, fitnah serta komen bebaur body shaming dilemparkan terhadap dirinya, gadis obesiti, Wani Comel memaklumkan dia sudah pun membuat laporan polis.

Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim berkata dia berasa kesal dengan sikap indidivu yang suka menggangu kehidupannya sehingga mengaitkan arwah ayahnya sedangkan dia tidak pernah menganggu sesiapa.

BACA: Dapat Sumbangan RM1,000, Wani Comel Gembira Dapat Kirim Duit Ibu Di Kampung

“Selesai report polis terhadap mereka yg tak henti henti ganggu hidup saya dan keluarga saya.Saya juga perlu kehidupan. Saya tak ganggu sesiapa pun tapi kenapa semua diluar sana tak habis habis ganggu saya.Kecam saya dan ahli keluarga saya hingga ke arwah ayah saya.

“Dan ada yg samakan saya dengan muka Pembunuh. Apa dosa saya pada awak semua? Adakah saya tak berhak utk hidup seperti mana orang lain? Kenapa masih tak sudah sudah memburukkan saya hina fizikal tubuh badan saya. Adakah saya keji dan jijik sangat di mata anda semua?,” katanya.

Dalam pada itu, Wani turut mendedahkan identiti individu tidak bertanggungjawab yang meninggalkan komen berbaur hinaan menerusi Instagram. Ujarnya lagi, dia harap semua lebih berhati-hati sebelum memberikan komen.

“Pihak saya juga telah dapat mengesan siapa pemilik IG yang guna akauan palsu, maklumat mereka semua saya dah dapat dan saya dah buat laporan polis.

“Saya harap pada semua berhati-hati dalam setiap penulisan. Negara kita ada undang-undang. Hari ini saya teruk dikecam. Esok lusa siapa tahu, apa yang jadi pada saya hari ini akan kena pada keluarga korang pula,” katanya.

Terdahulu, nama Wani Comel hangat diperkatakan apabila gadis itu membuat pendedahan mendakwa diperdaya dengan janji manis usahawan kosmetik berhubung pelantikannya sebagai duta produk pelangsingan.