fbpx

Pelakon dan selebriti media sosial, Norreen berkongsikan pengalaman buruk dilaluinya pada hari pertama tiba di London apabila tidak sengaja makan sandwich ‘pork belly’ atau perut babi.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Norreen berkata dia membeli sandwich berkenaan kerana sangkakan ianya ham biasa dan tidak tahu ianya daging babi.

Katnaya dia menyedari ianya mengandungi pork belly selepas melihat kandungan sandwich berkenaan namun telah pun menjamah sedikit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NORREEN IMAN (@norreen143)

“Aku beli ni nampak kat situ tulis ham ke apa. Hari pertama saya berada di UK saya termakan babi. Pengajarannya sebelum makan kita tanya orang dulu dan baca di belakang,” katanya.

Dalam pada itu, Norreen meluahkan rasa berang dengan sikap segelintir netizen yang bertanyakan di ruangan DM bagaiamana rasa daging babi tersebut.

“Semalam termakan babi. Hari ni aku rasa macam nak samak lidah aku berkali kali tahu tak. Malam tadi dah berus gigi beriya. Hari ni kena buat benda sama ni.

“Korang boleh lagi tanya, macam eh rasa babi tu sedap tak? Hello aku bukannya nak makan sangat pun babi tu. Aku rasa macam sakit hati.

“Duk semua DM tapikan alang-alang dah termakan tu ank tahu jugak sedap tak rasa dia. Aku sepak muka kau nanti sampai muka kau jadi babi tau,” katanya.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen menasihatkan Norreen supaya lebih berhati hati dalam memilih makanan ketika berada di negara asing.