Perkongsian pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim menjadi perhatian apabila memuat naik video mendidik anak perempuannya Rina agar tidak menilai seseorang berdasarkan fizikal mereka.
Menerusi perkongsian di TikTok, Ryzal menjelaskan kepada anaknya itu kerana mempunyai tanggapan yang yang kurang tepat terhadap kulit berwarna gelap.
BACA: Ryzal Ibrahim Selar Netizen Pertikai Beri Anak Makanan Korea
@ryzalibrhm The best way to change your kid mindset about beautiful
“Moana (watak Disney) tu cantik bukan? Walaupun kulit dia brown. Rina tak boleh cakap kulit warna brown tu tak cantik. Brown pun cantik. Rina pun kulit warna brown tapi cantik juga.
“Jadi tak semua orang kulit putih tu cantik. Ada je yang kulit brown, black..tapi mereka cantik,” katanya.
Sementara itu, Ryzal turut menitipkan nasihat kepada anaknya agar berbangga dan yakin dengan diri sendiri.
“Kalau Rina nampak orang kulit brown atau black tak boleh cakap tak cantik. Rina kena bangga kena happy, l’m beautiful brown girl,” katanya.