Bakal menimang cahaya mata keenam tidak lama lagi, usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri berkata dia pernah mempunyai impian untuk memiliki 10 orang anak.
Memetik mStar Online, Aliff bagaimanapun tidak sanggup melihat keperitan dilalui isterinya, Datin Seri Nur Shahida sepanjang tempoh kehamilan serta mengatakan anak keenam itu mungkin cahaya mata terakhir.
BACA: Hamil Anak Keenam, Datin Shahida Alami Alahan Teruk
“Saya tak sanggup lihat isteri saya sakit… rancang nak ada 10 orang anak tapi mungkin ini adalah anak terakhir. Sebab kalau dia mengalami masalah uri ke bawah… nak berjalan 10 langkah pun tak boleh.
“Jadi isteri saya dalam keadaan lemah dah nak dekat dua bulan kat mana-mana kena pakai kerusi roda,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff berkata dia juga sudah fobia untuk mengambil anak angkat selepas berdepan beberapa isu sebelum ini sehingga ada yang mahu mengambil semula anak mereka.
“Saya dah fobia ambil anak angkat sebab kebanyakkan bila anak angkat dah popular keluarga mereka nak ambil balik.
“Selepas itu ada yang ugut-ugut nak duitlah jadi saya fikir lebih baik saya suruh isteri saya sahaja yang beranak,” katanya.