fbpx

Tak Sampai Setahun Cerai, Bekas Isteri Tegar Kahwin Lagi

Bekas isteri kepada penyanyi, Tegar Septian iaitu Sarah Sheilka selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati dikenali sebagai Andi di sebuah hotel mewah, di Jakarta, Ahad lalu.

Memetik Harian Metro, difahamkan belum sampai setahun perceraiannya dengan penyanyi yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu.

BACA: Ditipu Bekas Isteri, Tegar Septian Baru Tahu Anak Bukan Dari Benih Sendiri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by •Gold Diamond• (@sarahsheilka)

Menerusi Instagram, Sarah dilihat ada berkongsikan gambar bersama suami barunya. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut serta mendoakan rumah tangga mereka berkekalan.

Terdahulu, Sarah mendirikan rumah tangga bersama Tegar pada Mac 2020 namun berpisah pada Jun tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata Abidzar Oktaviano Putra Septian.

Difahamkan, punca perceraian yang berlaku antara mereka adalah kerana masalah kewangan serta kecurangan yang dilakukan oleh bekas suaminya.