Tak Sabar Jadi Kakak, Galagat Maryam Cium Perut Buat Ramai Teruja

Pada Februari lalu, pelakon Fizo Omar akhirnya berkongsikan berita gembira mengesahkan isterinya, Fazeera Nazri kini berbadan dua.

Baru-baru ini, Fizo ada memuat naik video di Instagram memaparkan momen mesra Fazeera bersama anaknya, Wan Maryam.

BACA: Isteri Sah Hamil, Anak Kedua Fizo Omar ‘Made in Janda Baik’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Menerusi video itu, Maryam dilihat teruja bakal menjadi kakak tidak lama lagi dan mencium perut Fazeera.

Perkongsian pelakon itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut teruja melihat aksi Maryam serta mendoakan baik-baik buat Fizo sekeluarga.

Terdahulu, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

×