“Tak Rancang Pakai Sedondon Dengan Bella, Hanya Kebetulan”

Sering dilihat mengenakan pakaian dengan warna sedondon dengan Bella Astillah, pelakon Muaz Zabir menafikan dia dan aktres itu merancang untuk memakai pakaian sedondon ketika hadir ke acara hiburan.

Memetik Kosmo, Muaz bagaimanapun menyifatkan ia adalah kebetulan sahaja dan putih merupakan warna kegemarannya serta menjadi pilihan setiap kali menghadiri majlis.

BACA: “Ada Yang Samakan Wajah Saya Seperti Nelayan, Muka Jual Burger” – Muaz Zabir

“Pakaian sama (warna) semua itu hanya secara kebetulan. Percayalah cakap saya, memang tak rancang apatah lagi saling berhubung untuk pastikan baju sedondon.

“Cuma semuanya berlaku tanpa sengaja, tambahan pula saya memang suka pakai baju berwarna putih. Kalau tengok setiap acara sebelum ini, memang saya selalu pakai baju putih,” katanya.

Tempoh idah Bella sudah pun berakhir dan kini bukan lagi isteri orang, Muaz berkata dia tidak pernah terdetik untuk berusaha menambat hati aktres itu serta menganggapnya sebagai kawan.

“Saya tak pernah anggap situasi Bella yang sudah tamat tempoh idah sebagai peluang untuk berebut atau sebaliknya. Tidak berlaku sama sekali.

“Kami memang berkawan dan akan ada projek bersama kelak. Jadi, tak perlu nak bermasam muka, teruskan kehidupan masing-masing dan lakukan yang terbaik,” katanya.

SUMBER: Kosmo

×