fbpx

“Tak Pernah Terfikir Periksa Telefon Suami”

Sudah sepuluh tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Datin Alyah berkata dia tidak pernah memeriksa telefon bimbit suaminya, Datuk Ramli MS.

Memetik Hib Glam, Alyah berkata dia sentiasa berdoa agar ikatan rumah tangganya dengan maestro muzik terkenal itu terus terpelihara kerana baginya ianya akan tetap terjadi biarpun para isteri mengawal suami.

BACA: Diserang Vertigo, Alyah Minta Doakan Kesihatan Tok Ram

“Saya tak boleh jangka apa akan jadi pada masa depan, jadi saya banyak belajar daripada pengalaman. Kalau kita kawal (suami) pun, jika nak jadi apa-apa akan tetap terjadi.

“Kalau suami keluar atau saya pergi kerja, saya amalkan baca al-Fatihah serta ayat Kursi untuk diri sendiri, itu saja.

“Bahkan saya tak pernah buka telefon suami, selain tak terfikir nak periksa sebab serahkan semua kepada-Nya,” katanya.

Sementara itu, Alyah berkata dia bukan jenis mengawal pasangan jika dibandingkan di awal perkahwinan namun kini kehidupan rumah tangganya lebih tenang.

“Pengalaman menjadikan kita semakin matang. Betul kata orang, dugaan awal perkahwinan lebih kuat dan alhamdulillah, kehidupan kami semakin tenang. Tiada apa lagi nak dikejar,” katanya.