Pendakwah bebas, PU Amin menegur segelintir pihak yang mahu mengetahui mengenai perkara dialami oleh mangsa sesuatu tragedi sebelum meninggal dunia.

Menerusi satu hantaran di Threads, PU Amin berkata tidak perlu bertanyakan kepada keluarga mangsa dan perkara itu adalah privasi.

BACA: “Tahun Ni Buat Dua Plan Raya, Kita Pun Tak Kalut” – PU Amin

“Tak perlu tanya keluarga mereka pasal ‘benda-benda pelik’ yang dialami oleh mangsa tragedi sebelum meninggal dunia. Biar jadi hal peribadi di antara keluarga sahaja,” tulisnya.

Menurut PU Amin lagi, jika mahu kongsikan sebagai berita perlu tahu adab lebih-lebih lagi keluarga mangsa berada dalam keadaan bersedih.

“Benda ni adab, kalau pun nak buat story, kena tahu adab ketika seseorang dilanda musibah. Jangan push tamily mangsa waktu sedih macam ni. Bagi sokongan dan cari jalan agar tak berulang lagi kes macam ini,” tulisnya.

×