Penyanyi dan pelakon MK K-Clique berkata dia sedar mengenai batas yang perlu diletakkan ketika menjalani penggambaran apatah lagi dengan statusnya sebagai suami.
Memetik BH Online, MK berkata dia tidak perlu mendapatkan persetujuan isterinya, Siti Hajaar untuk menjalani apa-apa babak kerana tahu mengenai batasan dan ianya adalah perkara asas perlu diambil berat oleh setiap pelakon
BACA: Netizen Kagum MK Sempat Baca Al-Quran Sebelum Persembahan AJL39
“Tak perlu ada persetujuan untuk saya menjayakan apa-apa babak kerana semua ini atas kesedaran diri sendiri. Pelakon lain juga tahu di mana had atau batasan perlu ditetapkan ketika berlakon, lagi-lagi di Malaysia.
“Jadi, saya fikir tidak perlu persetujuan orang, sebab itu memang batasan yang perlu dijaga sebagai pelakon. Ini adalah usaha sendiri untuk menetapkan batasan berkenaan,” katanya.
Sementara itu, MK berkata isterinya menjadi pengkritik terhadap lakonannya dan akan memberitahu jika ada yang tidak okay.
“Dia hanya tonton bahagian saya sahaja. Dia jarang beri komen mengenai lakonan, tapi kalau ada perkara tak okay akan beritahu saya. Dari segi lakonan, isteri tak ada komen yang tidak baik, jadi maksudnya mungkin semuanya okay,” katanya.
SUMBER; BH Online