"Kalau Betul Produksi Paksa, Kenapa Tidak Telefon Saya"
Semalam kekasih Afifah Nasir, Wan Ariff tegas mempertahankan teman wanitanya yang menjadi mangsa keadaan di dalam kontroversi main cinta antara Afifah dan Aliff Aziz. Pun begitu, Bella Astillah semalam menerusi insta story, tidak percaya dengan penjelasan yang diberikannya itu.
BACA: “Pihak Produksi Gunakan Saya Untuk Pujuk Aliff Aziz”
“Kalau fikir logik akal fikiran. Kita semua termasuk saya bukan lagi kanak-kanak kecil. Kita tak perlu minta izin untuk pegang tangan dan sebagainya. Kita boleh say no, boleh say yes. Lain lah kalau dia letak pistol atas kepala kita. Kalau betul produksi yang paksa, yang rayu, yang minta tolong ke apa”
“Dia boleh straight call saya. Bukan diorang takut sebab diorang tak nak masuk campur. Sebenarnya perkara ini tak melibatkan produksi pun. Siapa yang keluar kenyataan ‘kami keluar atas urusan kerja’? Dekat situ dah salah sebenarnya,” jelasnya kepada My News Hub.
Tambah Bella lagi, teman lelaki Afifah hanya mendengar penjelasan satu pihak sahaja dan sebagai teman lelaki, Ariff sudah pastinya mempertahankan teman wanitanya. Malah selepas pengakuan suaminya, Bella percaya Afifah dan Aliff memang bermain cinta di set pengambaran.
Kalau ikutkan sehingga kini pihak produksi drama Izinkan Aku Menyintaimu masih belum tampil memberikan penjelasan selepas Afifah mengheret sekali pihak produksi didalam kontroversi ini. Ramai juga yang meneka rating drama ini bakal menjunam dek kerana kontroversi ini. (rtky/w)
- SUMBER
- My News Hub
Kesian bella.. tapi aku rasa aliff mmg tak reti hargai isteri n malu dikatakan syok sendiri..
Cuba korang tengok mcm mana reaksi dia dlm insta story ig aliff.. bella cuba record n ckp baik n manja je dgn aliff tp reaksi annoying tu nampak jelas sangat ?
Alahai x puashati x payah perang dlm media laa dik non ooi! Yg ko pegi tarik repot aritu apasal! Kalau x dah tentu semua perkara akan terbongkar! Ni semua nak publisiti murahan jer! Sblm kes ni meletup ramai x knl mrk bertiga ni! Skang hari2 kluar media, glamer laa yer??
senyap je la bella, sebelum hilang simpati orang kat ko. dah terang laki ko yang bersalah. ko doa je la dia berubah terus jangan pas ni dengan pompuan lain plak. aliff tu rekod dah teruk. ko hadap je la. ko nk sangat ke si pipah ngaku dia pun suka laki ko, tu ke yg ko nak dengar.. kalau diorang clash n pipah ngaku suka aliff, terang2 si aliff tinggalkan ko, kawin diorang ber2. time tu baru meroyan betul ko. time ngandong n berpantang pun dia wat cam tu lagikan ko xde mase nanti, tumpuan kat anak je.. lagi la si aliff berfoya2..
DAH LAH BELLAAAA.. DIAM2 SUDAH…
LAKI HANG TU KALO KO IKAT DENGAN RANTAI KAPAL BERMANGGA KAN MANGGA PUN AKAN TERLEPAS JUGAK…..
CANT U SEE HE IS INSINCERE TOWARDS U??? DENGAN LIDAH DIA ASYIK TERJILAT2 BIBIR MCM CICAK BERAK KAPUR?????
KUAT LOBANG TU… KO AJE YG BUTA BELLLAAAAAA…..