Pelakon dan penerbit Datuk Afdlin Shauki berkata tidak adil untuk menghukum emua anak seni terutama golongan pelawak hanya kerana perbuatan segelintir individu.
Memetik Kosmo, Afdlin berkata susulan isu melibatan dua pelawak yang ditahan kerana disyaki memiliki dadah tidak wajar untuk semua golongan pelawak dipandang serong.
BACA: Afdlin Shauki Rasa Bahagia & Tenang Lepas Kahwin
“Dulu dadah selalu dikaitkan dengan penyanyi. Hakikatnya, masalah dadah tidak mengenal sesiapa malah melibatkan semua lapisan masyarakat, bukan hanya pelawak atau penyanyi.
“Tidak patut kita pukul rata dan anggap semua pelawak mengambil dadah. Ramai yang bekerja keras demi keluarga mereka tanpa terlibat dengan barang terlarang,” katanya.
Sementara itu, Afdlin berpendapat semua pihak sepatutnya bersikap adil dan tidak terlalu cepat menghukum tanpa tahu situasi sebenar.
“Kita tak tahu apa yang mereka lalui. Jangan terus melulu menghentam. Saya juga tak setuju apabila ada netizen mengatakan semua pelawak sama sahaja.
“Lebih baik kita mendoakan supaya mereka yang terlibat dapat berubah, memperbaiki diri, dan menerima keadilan yang sewajarnya,” katanya.
SUMBER: Kosmo