"Kamal Adli Sendiri Tidak Pernah Ajak Saya Berkahwin"
Kalau dilihat ramai yang menyukai pasangan ini bersama, sama manis sama padan bak kata orang. Tetapi bagi empunya badan sendiri, Emma Maembong, beliau tidak melihat hubungan cintanya dengan Kamal Adli akan berakhir di jinjang pelamin. Malah jelasnya lagi, Kamal juga tidak pernah sesekali menyuarakan hasratnya untuk ke arah itu.
BACA: “Emma Maembong Ajar Saya Hargai Wanita, Bersyukur”
“Sebenarnya susah untuk saya berkongsi tentang perkahwinan kerana saya tidak nampak hubungan kami ke arah itu. Sepatutnya kalau kami benar-benar ingin kahwin Kamal yang kena fikir, tapi dia sendiri tidak pernah pun bercakap fasal kahwin, dia mahu saya fokus kerjaya dahulu”
“Sejak saya masuk dalam industri setiap tahun cerita saya hendak kahwin tapi sampai sekarang tidak kahwin-kahwin juga. Tapi jodoh bukan di tangan kita entah-entah saya berkawan sahaja dengan Kamal tapi kahwin dengan orang lain pula nanti,” jelasnya kepada m Star Online.
Selain itu, Emma berkata, mungkin keterbukaanya menceritakan mengenai kisah cintanya kepada umum menyebabkan ramai menaruh harapan tinggi untuk mereka berkahwin. Tidak menafikan atau mengiyakan, Kamal adalah lelaki paling rapat dengannya sekarang namun menyerahkan jodoh mereka kepada ketentuan Ilahi untuk menentukannya.
Sebelum ini, Kamal ada menyatakan bahawa Emma banyak mengajarnya untuk lebih menghargai wanita dan kesilapannya sebelum ini mengabaikan perasaan pasangannya itu memberi pengajaran kepadanya. Nampaknya Emma sudah memberi lampu hijau kepada Kamal. Apa lagi Kamal tunggu, cepat masuk meminang sebelum Emma dikebas orang. (rtky/w)
belom jodoh
betul betul
perangai gedik sikit…..jantan x suka.
blom sja
Suka tengok dorang ni.. sweet sangat
kalau si kamal tu nak kawin da lama da dgn intan tu…lelaki cam ni blah je la
Korg mmg xsesuai. Baik jgn kwen.
kira nya jodoh dah sampai dgn si k , sudah lama dia bercakap tentang tu. Kalau tidak, makna nya dia belum bersedia dan selesa hanya sekadar kawan rapat aje. Kena pujuk lah kut hi hi
Cari lain je emma,mash ramai lg yg sesuai n baik kt luar sana,,kamal mmg tk srius,ksian bercinta berthn2,at last frust je
pening, udah udah le..kalau tak nampak akan berakhir dengan satu perkahwinan, janganlah kehulu kehilir, kesana kesini berdua2an; jangan keluar perkataan yang kontrovesi, nak kata nak, tak nak lepaskan.
ciannya statement emma nie
apapun mmg ada lelaki yg beria berkwn tp x pernah mention pun hal kawin
ikut pengalaman sendiri yea…
rasa mcm buang masa plus mcm mainkan perasaan jer
sebaiknya bw diri…
cepat atau lambat pasti jodoh kan bertemu
Eh, aritu baca dalam paper kosmo emma kata kamal adli pernah cakap ‘jom kahwin’, tapi emma je yang tak ready lagi…mana satu ni…
Kalau selalu berduaan tak takut dosa ke?
bukan kamal kata nak bertunang tahun ni ke
Ada ke yg nak amik minah ni jd bini base on life style dia masa remaja dulu … Bkn nak memburukkan tapi dgn pakaian x cukup kain berkepit cam kena gam … Bkn nak menuduh .. Agakx si jantan tu dah try test lum ngan minah ni paling cikai pon ringanx masa remaja… Harap kurangkanla hal kawinx ni … Ntah braper ramai dah retis laki jd couple tapi x kemana pom ..
Kamal x nak committment dulu kot…mcm dia dgn intan dulu…
Araipaima batik kekonon bukan nak mengata tapi mengata juga , bukan nak menuduh tapi dah siap fitnah dah try test bagai. Bengong. Tak payah la jadi kepochi. Masa lepas dia itu hal peribadi dia, kau dah banyak pahala sangat ke sanggup nak bagi Emma pahala kau. Benci aku orang perangai macam ni. Jaga saja tepi kain sendiri jangan bagi tekoyak.
Klu dh gtu..yg ko ye2 trhegeh2 ngn jntan tu wat pe??x mlu ke..baik pgi cri jntan yg nk kwin ngn kite dan bukn main2 kn kite.
bukan statement emma diputarbelitkan media ke?? emma tak ckp mcmni pun..hadoi
Aku pernah tny ‘kwn’ aku tu…umur brp nk kawen? Dia kata entah…
Sakit hati x sakit hati dgr? Abeh selama kau nak kenal aku dlu…pastu bila ajak kawen dia kat entah…lain kali laki, kalau x serius dgn pompuan tu, jgn approach…!!!!!!!!
How do I follow it up because I wanna join it
kalo dh tau cmtu…. baik xpyh kwn trus. buang masa je kn..
Intan pun angkat kaki tak kan emma nak kekal bodoh abadi, cepat lah blah.