Sering menerima pujian selepas berhijrah, pelakon Nora Danish berkata dia tidak mahu dianggap terlalu alim kerana dia kini dalam proses hijrah dan mendalami agama.
Menerusi perkongsian video di media sosial, Nora berkata dia bimbang jika perubahannya itu membuatkannya dilabel suci sehingga tidak boleh melakukan kesilapan.
BACA: Rai Hari Jadi Dre, Netizen Doa Nora Danish & Nedim Bersatu Kembali
“Dalam proses penghijrahan, saya tak nak sangat orang nampak saya ini suci, alim. Itu yang paling saya takut sebab nanti apabila saya melakukan satu kesalahan orang akan menilai kita munafik dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, Nora berkata dia bukanlah mahu menjadi sempurna namun masih berusaha dalam menjadi muslimah yang lebih baik.
“Saya pun memang dalam proses untuk menjadi yang lebih baik. Tidaklah sempurna tetapi lebih baik, itu sahaja yang saya nak sangat,” katanya.
SUMBER: Kosmo