fbpx

“Tak Nak Caprice, Dia Tak Menepati Citarasa Saya”

Sekian lama tak dengar cerita mengenai Instafamous ini, terbaru King Coco mengesahkan sudah pun bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor.

Susulan berita tersebut, ada sahaja idea dikalangan netizen yang mahu menjodohkan ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu dengan penyanyi rap Caprice.

BACA: King Coco Dah Tak Nak Suami Orang

Kata netizen, kedua-dua mereka sangat sesuai dijodohkan kerana mempunyai persamaan iaitu pelat dalam bertutur.

Bagaimanapun, Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail berkata dia tidak minat dijodohkan dengan penyanyi itu kerana Caprice tidak menepati lelaki idamannya.

“Tak mau la saya, saya tak nak kena ‘bang bang’. Tak naklah. Saya kenal dia, kawan dengan dia, tapi untuk ke fasa seterusnya tidaklah. Caprice tak menepati citarasa saya. Sorry Cap,” katanya.

King Coco mendirikan rumah tangga dengan bekas juruterbang itu pada 1 Januari 2017. Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki.