Membawakan watak sebagai legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek dalam filem GOLD yang akan ditayangkan tahun depan, pelakon Farid Kamil mengakui ianya bukan tugas mudah.
Memetik Harian Metro, Farid berkata dia perlu menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram untuk memastikan dirinya seperti pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta itu.
BACA: Diana Danielle Pula Fail Nusyuz Terhadap Farid Kamil
“Tak senang sebenarnya untuk saya bawa watak seorang atlet apatah lagi melibatkan Datuk Rashid Sidek yang mana seperti kita tahu beliau adalah legenda bagi sukan badminton.
“Saya perlu buat latih tubi yang banyak semata-mata untuk dapatkan gerakan yang sama sepertinya. Bagi saya memang agak sukar.
“Malah bukan itu sahaja, saya juga perlu turunkan berat badan dari 80 kilogram (kg) kepada 60 bagi saya nampak macam beliau dan ia mengambil masa yang agak lama lebih kurang dua bulan,” katanya.
View this post on Instagram
Filem berjudul GOLD itu merupakan kisah benar atlet badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou yang diarahkan oleh pengarah Adrian Teh.
Dalam pada itu, Farid berkata dia bangga dapat membawakan watak tersebut serta terhutang budi kepada Rashid, Datuk Misbun Sidek dan Datuk Seri Jalani Sidek yang banyak membantunya untuk menjayakan watak tersebut.
“Saya bangga dapat bawa watak Rashid dalam filem ini. Apabila saya bawa watak itu saya juga dalam masa sama dapat berjumpa dengan Rashid itu sendiri, Jalani dan Misbun yang merupakan kebanggaan saya sebagai rakyat Malaysia.
“Kesemua mereka ini sedikit sebanyak bantu saya dapat peroleh ilmu badminton secara langsung dan ia sangat berguna bagi menghayati watak yang saya bawa dalam filem GOLD,” ujarnya.