Minggu ini hangat diperkatakan mengenai isu beberapa artis yang meluahkan pendapat mengenai penggiat seni terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakkan. Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang melihat gaya hidup mewah kebanyakan artis.

Namun, berbeza buat pelakon Adam Shahz yang menyertai Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) untuk membantu negara ketika Covid-19.  Perkara itu mendapat perhatian netizen yang mengatakan pelakon itu tidak langsung ‘memekak’ minta bantuan, sebaliknya membantu kerajaan.


BACA: Tiada Tawaran Berlakon, Adam Shahz Bawa Grab

Rata-rata netizen memuji pelakon itu yang sebelum ini berusaha mencari pendapatan sampingan dengan membawa Grab dan kini menjadi sukarelawan dengan menyertai Angkatan Pertahanan Malaysia.

Malah, netizen mengatakan inilah perbezaan antara artis yang utamakan sara hidup daripada gaya hidup, tidak seperti artis lain yang konon kaya tetapi baru dua minggu PKP sudah menyalak meminta bantuan.