fbpx

Tak Mampu Sedia Wang Hantaran Jadi Punca?

Walaupun tali pertunangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy sudah berakhir, namun peminat masih berteka-teki dan membuat spekulasi sendiri mengenai punca perpisahan mereka. Terbaru, ada mendakwa kegagalan Sufian menyediakan wang hantaran menjadi punca.

BACA: “Tak Pernah Menyesal Mengenalimu, Sayang”

Seorang individu bernama @rayzman123 menerusi Instagram mendakwa maklumat tersebut kononnya diperolehi beliau apabila didedahkan oleh seorang kenalan rapat keluarga Elfira. Jelasnya Sufian tidak dapat menyediakan wang hantaran seperti diminta keluarga Elfira.

Perkara tersebut didedahkan melalui ruangan komen pada satu laporan daripada m Star Online. Bagaimanapun ramai meragui kesahihan maklumat tersebut dan meminta individu itu tidak mengeruhkan lagi keadaan yang sudah selesai.

Manakala menerusi laporan Utusan Online, Sufian meminta agar peminat tidak terus membuat spekulasi liar mengenai punca perpisahan mereka. Menurut Sufian, perit buat mereka menghadapi dugaan ini, jadi biarlah mereka saja tahu kebenaran disebalik perpisahan yang berlaku.

Kami juga tidak pasti sejauh mana kesahihan maklumat berkenaan. Biarlah mereka mengunci kebenaran disebalik perpisahan mereka daripada membangkitkan dan membuatkan ramai hati terluka. (rtky/w)